Kuasa Yang Maha Esa…

Baru-baru ni kita telah dikejutkan dgn berita yang cukup menakutkan iaitu kejadian Taufan Sandy di New York.Banyak yang telah terkorban akibat dari bencana ini.Sama-sama kita mengambil iktibar dari kejadian ini.

Image

Image

Image

Image

Sekurang-kurangnya lebih 84 terkorban (setakat jam 9 malam tadi) apabila Taufan Sandy membawa angin kuat dan hujan lebat di timur laut Atlantik membadai New York, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di Bandaraya New York dan Massachusetts selepas menerima laporan lebih 250,000 rumah bergelap di Manhattan dan paras air mencecah lebih lima meter.

Jurucakap Gabenor New York, Andrew Cuomo, Rich Azzopardi berkata, dua maut di New Jersey, seorang masing-masing di Connecticut, Virginia dan Carolina, manakala lima terbunuh di New York termasuk seorang lelaki dihempap pokok ketika berada di dalam rumahnya.

Jurucakap hospital NYU Langone, Lisa Greiner berkata, 200 pesakit dipindahkan selepas elektrik terputus.

Sementara itu, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg mengesahkan pasukan keselamatan menerima lebih 10,000 panggilan kecemasan 911 setiap setengah jam. Menurutnya, bekalan elektrik di Brooklyn dan Manhattan dipotong bagi mengelakkan kebakaran.

Ribut itu membawa kelajuan angin mencecah 144 kilometer sejam.

Sumber dari :wowberita.org

Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya).

(Surah Al-Yunus: Ayat 101)

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar

(Surah Fussilat: Ayat 53)

Luar Biasa

Image

Seorang pelajar kolej di China telah mencipta sebuah komputer tablet yang menyerupai iPad hanya dengan menggunakan bahan daripada komputer riba terpakai milik teman wanitanya. Wei Xinlong dan Sun Shasha merupakan pelajar senior di Jabatan Seni dan Rekaan di Universiti Changchun, utara China.

Ia mengambil masa selama 10 hari dan menelan belanja sebanyak 800 yuan (RM400) untuk menghasilkan peranti itu dengan berat dan ketebalan yang dilihat serupa dengan produkiPad keluaran Apple Inc. Tablet PC dengan teknologi sesentuh itu membolehkan pengguna untuk membaca, memuat turun, menonton movie dan bermain game.

Menurut Wei, dia tidak cukup duit untuk membelikan sebuah komputer baru buat kekasihnya itu, maka dia mula menciptanya dengan cara mempelajari cara-cara menghasilkan Tablet PC dan iPad daripada rakaman video di internet.

“Inilah hadiah yang pernah saya terima,saya akan menjaganya selama-lamanya.tambah teman wanitanya”

Melayukini.net – Perempuan yang baik akan sentiasa menghargai apa jua hadiah yang diberikan oleh lelaki istimewanya. Dan lelaki, cara pikat wanita bukan hanya dengan duit, tapi dengan usaha yang kita tunjuk pun dah mencukupi. Betul tak wahai wanita? 🙂