Kuasa Yang Maha Esa…

Baru-baru ni kita telah dikejutkan dgn berita yang cukup menakutkan iaitu kejadian Taufan Sandy di New York.Banyak yang telah terkorban akibat dari bencana ini.Sama-sama kita mengambil iktibar dari kejadian ini.

Image

Image

Image

Image

Sekurang-kurangnya lebih 84 terkorban (setakat jam 9 malam tadi) apabila Taufan Sandy membawa angin kuat dan hujan lebat di timur laut Atlantik membadai New York, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di Bandaraya New York dan Massachusetts selepas menerima laporan lebih 250,000 rumah bergelap di Manhattan dan paras air mencecah lebih lima meter.

Jurucakap Gabenor New York, Andrew Cuomo, Rich Azzopardi berkata, dua maut di New Jersey, seorang masing-masing di Connecticut, Virginia dan Carolina, manakala lima terbunuh di New York termasuk seorang lelaki dihempap pokok ketika berada di dalam rumahnya.

Jurucakap hospital NYU Langone, Lisa Greiner berkata, 200 pesakit dipindahkan selepas elektrik terputus.

Sementara itu, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg mengesahkan pasukan keselamatan menerima lebih 10,000 panggilan kecemasan 911 setiap setengah jam. Menurutnya, bekalan elektrik di Brooklyn dan Manhattan dipotong bagi mengelakkan kebakaran.

Ribut itu membawa kelajuan angin mencecah 144 kilometer sejam.

Sumber dari :wowberita.org

Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya).

(Surah Al-Yunus: Ayat 101)

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar

(Surah Fussilat: Ayat 53)

Advertisements

4 thoughts on “Kuasa Yang Maha Esa…

  1. pasti punya hikmah yang tersirat di sebalik cubaan dan bala yang menimpa…takutnyerrrr, mintak2 dijauhkan dari kita semua, semoga kita semua dipeliharaNya, takutnyer…

  2. Yes mrs green…mak jenab kelayuan seketika.meratip kehibaan mengenang hari2 yg mendatang.agak2 camanelah di padang Masyar nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s