Kuasa Yang Maha Esa…

Baru-baru ni kita telah dikejutkan dgn berita yang cukup menakutkan iaitu kejadian Taufan Sandy di New York.Banyak yang telah terkorban akibat dari bencana ini.Sama-sama kita mengambil iktibar dari kejadian ini.

Image

Image

Image

Image

Sekurang-kurangnya lebih 84 terkorban (setakat jam 9 malam tadi) apabila Taufan Sandy membawa angin kuat dan hujan lebat di timur laut Atlantik membadai New York, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di Bandaraya New York dan Massachusetts selepas menerima laporan lebih 250,000 rumah bergelap di Manhattan dan paras air mencecah lebih lima meter.

Jurucakap Gabenor New York, Andrew Cuomo, Rich Azzopardi berkata, dua maut di New Jersey, seorang masing-masing di Connecticut, Virginia dan Carolina, manakala lima terbunuh di New York termasuk seorang lelaki dihempap pokok ketika berada di dalam rumahnya.

Jurucakap hospital NYU Langone, Lisa Greiner berkata, 200 pesakit dipindahkan selepas elektrik terputus.

Sementara itu, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg mengesahkan pasukan keselamatan menerima lebih 10,000 panggilan kecemasan 911 setiap setengah jam. Menurutnya, bekalan elektrik di Brooklyn dan Manhattan dipotong bagi mengelakkan kebakaran.

Ribut itu membawa kelajuan angin mencecah 144 kilometer sejam.

Sumber dari :wowberita.org

Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya).

(Surah Al-Yunus: Ayat 101)

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar

(Surah Fussilat: Ayat 53)

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum….

Alhamdulillah…syukur..ke HadratNya kerana di pagi yg mulia ini,dpt untuk menulis coretan buat tatapan semua.2 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Qurban.Tak sabar nak balik kg gamaknye.Maklumle..lembu-lembu di kampung menanti kehadiran cik Rossa di sana dengan perasaan yang gundah gulana.Tahun ni tak buat qurban tapi makan daging qurban sahaja.

Image

Image

Banyak majlis Qurban akan diadakan terutamanya di masjid-masjid dan surau.Waktu ni dapatlah lembu qurban yang diagihkan secara percuma.Takyah pegi kedai beli lembu lagi.hari-hari leh makan daging lembunye.

Berqurban merupakan amal yang paling dicintai Allah SWT pada saat Idul Adh-ha. Sabda Nabi SAW :

“Tidak ada suatu amal anak Adam pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah selain menyembelih qurban.” (HR. At Tirmidzi) (Abdurrahman, 1990)

Berdasarkan hadits itu Imam Ahmad bin Hambal, Abuz Zanad, dan Ibnu Taimiyah berpendapat,“Menyembelih haiwan pada hari raya Qurban, aqiqah (setelah mendapat anak), dan hadyu (ketika haji), lebih utama daripada shadaqah yang nilainya sama.”(Al Jabari, 1994).

Image

 

Semoga amalan-amalan yang baik dan pengorbanan yang kita lakukan,akan diterima Allah Hendaknye…

SaTaY wiLLy

Assalamualaikum…

Masih lagi tercari-cari nak makan ape?Rase lapar di malam hari?Apakata try makan satay.Lame dah cik Rossa tak makan satay.Rase teringin pulak.Mase duk kat vista dolu2,adelah sorang kwn cik Rossa ni yg duk bawak satay tiap malam.Die ni pun species peminat satay yg masih belum pupus lagi.Hahaha…sekarang ni satu rmh ngan i oll’s cume tak sebantal je.Tapi selepas makan satay yg she olls bwk tu,terkujal-kujal i oll’s kat situ sebabnye rase sedap yg tk terkate nak diungkapkan.Apakah?Name satay kegemaran we olls tu ialah satay Willy…mcm citer free willy pulok.Meleleh memang tk hengat time tu ditmbah lagi struktur size xxxl satay tu menambahkan lagi kebesaran xl mak jenab time tu.Apekate kite terjah satay tu.

Image

Image

Nilah die kedai satay willy…Terletak kat Ramal Food Junction,Sungai Ramal Kajang Selangor.

Image

Boleh take away and dine in.

Image

Boleh pilih ayam,daging or kambing.ayam?hehehe…feveret sangat…

Image

Nilah ropenye satay willy.mmm…dap..dap..dap…

Image

Boleh relax2 sambil makan2 kat sini.Waktu malam selalunye ramai sbb time ni diorg baru balik kerja.Sampai beratur nak ambil tempahan.Harap bersabar menunggunye…

Image

Peta ni klu kengkawan nak pergi kat sini.

Image

Ouch…bilalah nak pergi lagi…Rindunye nak makan satay…..so,klu i oll’s pergi sini akan ku tapau sebanyak mungkin.hehehe…Kengkawan bolehla cuba satay ni..memang terbaik….dari ladang.Kalau u oll’s ingat,kedai ni dah masuk dalam jalan-jalan cari makan kat tv3 minggu lepas klu tk silap.Menjejes mak jenab sambil terdampar kedambaan gitu…

Kenangan dolu-dolu di Taman Astakona

Image

Di keheningan pagi,angin sepoi-sepoi bahasa…syoknye tido.Tapi rase nak keluar menghirup udara segar di awal pagi.Di mana kite kali ini?Cuaca pun agak baik,apakata kite jalan2 di taman astakona..

Waktu kejadian : awal pagi selepas subuh

bertempat : Taman di depan rumah i oll’s

Tujuan : melepak sambil jalan2.buang lelemak di awal pagi.

Image

Sambil2 posing di Pulman.

Image

Aksi2 mak jenab di tangga.

Image

Ouch..sambil posing bersama bunga itu…Fefeling di cameron kah?

Image

Macam di pelabuhan kapal gitu…tapi di pelabuhan Pulman sahaja pun jadiklah.

Image

With my best friend…

Image

Foto shoot di Tasik depan Pulman..

Wordless Wednesday kah?

Em…boringnye kalau hari2 wordless kan..he2…camane yek nak kasi gelak ni?meh ,nak tgk tak pantun lawak.Lawak ke?Suke hati der la..janji gelak cikit-cikit pun dah ok.:)

1. “Kenapa lelaki perlu beristeri tiga… .”
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI… ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi… memang sah GILA!

3. ” Manusia jatuh CinTa??Tak heran… ”
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh…
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. “Cinta..ibarat kentut… ”
makin dipendam makin gelisah…
bila di lepaskan … … .
ahhhhhhh lega rasanya… … .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, “kau..kentutkan?”

6. “… bila hidupmu dlm kegelapan, ”
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

Oopss…pantun ini hanya sekadar lawak,tidak ade kene mengena kepada yg masih hidup atau yg telah tiada.heheh..

Sumber dari : Gempak.org

Makan Angin

Salam dan selamat pagi…

Segmen Travelog ini dicipta untuk kengkawan yg boring2 kat rumah dan nak release tension dari mengadap pc kat opis ni.Cik Rossa nak bawak jalan2 ke Negeri Melaka.Ok,jom jalan-jalan…

Image

Melaka River

Image

 A’Famosa Resort

Image

 Melaka Taming Sari

Image

 Melaka Wonderland

Image

Jonker Street

Image

 Hard Rock Cafe Melaka

Image

Tan Beng Swee Clock Tower

Ok,sampai di sini segmen Travelog kali ini.Banyak lagi tempat2 menarik yang akan cik Rossa terjah akan datang.Yang pasti tempat ini menjadi kunjungan para pelancong dari dalam dan luar negara.Jom cuti-cuti Malaysia…

Luar Biasa

Image

Seorang pelajar kolej di China telah mencipta sebuah komputer tablet yang menyerupai iPad hanya dengan menggunakan bahan daripada komputer riba terpakai milik teman wanitanya. Wei Xinlong dan Sun Shasha merupakan pelajar senior di Jabatan Seni dan Rekaan di Universiti Changchun, utara China.

Ia mengambil masa selama 10 hari dan menelan belanja sebanyak 800 yuan (RM400) untuk menghasilkan peranti itu dengan berat dan ketebalan yang dilihat serupa dengan produkiPad keluaran Apple Inc. Tablet PC dengan teknologi sesentuh itu membolehkan pengguna untuk membaca, memuat turun, menonton movie dan bermain game.

Menurut Wei, dia tidak cukup duit untuk membelikan sebuah komputer baru buat kekasihnya itu, maka dia mula menciptanya dengan cara mempelajari cara-cara menghasilkan Tablet PC dan iPad daripada rakaman video di internet.

“Inilah hadiah yang pernah saya terima,saya akan menjaganya selama-lamanya.tambah teman wanitanya”

Melayukini.net – Perempuan yang baik akan sentiasa menghargai apa jua hadiah yang diberikan oleh lelaki istimewanya. Dan lelaki, cara pikat wanita bukan hanya dengan duit, tapi dengan usaha yang kita tunjuk pun dah mencukupi. Betul tak wahai wanita? 🙂